akan sentiasa istiqamah dalam
melaksanakan perintah agama.

Malu adalah sifat indah yang dianugerahkan ALLAH S.W.T kepada kita.Lahirnya sifat malu seiring dengan iman dalam diri setiap mukmin.Ia tidak dapat dipisahkan lagi hingga ada tokoh ilmuwan islam menggariskan apabila malu sudah tiada,ia menandakan iman seseorang pun semakin berkurangan.
Abu Hurairah ada meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
"Iman itu ada lebih 60 cabang . Dan sifat malu adalah sebahagian daripada cabang iman."
Sifat malu itu turut digambarkan sebagai pokok kepada akhlak kita . Malu mampu menghalang kita daripada berbuat sesuka hati.Kadangkala malu juga menjadi benteng agar setiap tindakan kita lebih berhati-hati.Namun,perkembangan dan suasana masyarakat ketika ini menyaksikan ramai di antara kita yang telah hilang rasa malu.Sesama manusia pun tidak lagi segan silu,apatah lagi kepada ALLAH Yang Maha Melihat.
Anak sudah tidak malu menderhaka ibu bapa.Pelajar juga kurang malu melakukan biadab terhadap gurunya.Situasi dalam masyarakat sekarang agak merimaskan,Maksiat dilakukan secara terbuka.Dimanakah nilai malu dalam kehidupan ketika ini? Islam telah menggariskan malu sebagai sifat yang perlu ada dalam diri seorang muslim .Ia turut menggambarkan nilai keimanan kita terhadap Allah S.W.T, Rasulullah s.a.w dan hari kiamat.Golongan yang memiliki sifat ini akan berasa malu untuk melakukan dosa sama ada secara terangan atau tersembunyi.Keimanan mereka begitu tinggi meyakini bahawa akan ada pembalasan pada hari perhitungan nanti.
Rasulullah s.a.w meletakkan nilai sifat ini sebagai sesuatu yang teragung .Malah,baginda turut mempamerkan contoh akhlak terbaik bagi rujukan umat.Semua karakter baginda sering kali dihiasi dengan sifat malu dan menjadi ikutan para sahabat.Insan yang memiliki sifat malu sebenarnnya akan sentiasa istiqamah mengikut perintah Allah S.W.T dan Rasulullah s.a.w. Malah,kerana sifat malu daripada berbuat maksiatlah telah menjadikan faktor kedudukan mereka sentiasa dekat dengan rahmatNya.Oleh itu,adakah perkara lain yang lebih berharga daripada rahmat Yang Maha Esa?
Di samping itu juga,apabila malu sudah tiada,maka pintu kemaksiatan akan mudah terbuka.Lama-kelamaan,ia akan menjadi barah dalam diri sendiri dan merebak ke dalam kerukunan hidup bermasyarakat.Malu sudah tiada nilai lagi.Pasangan bercinta mula berjumpa dan bercanda kerana perasaan malu semakin menipis .Orang ramai meminta-minta jawatan tinggi kerana tiada malu. Masyarakat dihinggapi perasaan ingin popular apabila malu mula menghilang daripada diri mereka.
Golongan yang berjawatan pula gigih mempertahankan kedudukan masing-2 kerana ghaibnya malu.Pemerintah melakukan kezaliman juga akibat sudah hilang rasa malu . Pelbagai musibah akan hadir kesan daripada rasa malu yang semakin pupus.Bagaimanapun,Islam menggalakkan umatnya untuk tidak berasa malu dalam perkara kebaikan.Ibarat pepatah Melayu, 'malu bertanya,sesat jalan.' Begitulah agama islam meletakkan nilai malu hanya pada tempat yang sepatutnya .
Islam juga tidak menghalang kita menghilangkan rasa malu untuk belajar sesuatu .malah kaun wanita pada zaman Rasulullah s.a.w juga tidak menghalangi diri mereka daripada bertanya serta mendalami ilmu pengetahuan . Sifat tiada perasaan malu untuk menuntut ilmu sangat wajar kita contohi.Begitu juga ketika peristiwa Rasulullah s.a.w membacakan ayat tentang hijab yang diturunkan kepada baginda .Semua orang Quraisy dan Ansar berlari pulang ke rumah masing-2 menemui isteri,anak perempuan dan saudara perempuan mereka.
Segera dikhabarkan mengenai perintah Allah S.W.T dan Rasulullah s.a.w supaya setiap muslim menutup aurat dan kepala mereka .Bagi yang sudah memakai tudung , segera membetulkannya.Manakala yang masih belum bertudung pula terus mencapai kain buat menutup kepala masing-2.Terasa malu menyelubungi diri sekiranya ada aurat yang terdedah.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:
"Malu dan amanah adalah perkara yang mula-2 sekali hilang dari dunia ini. Oleh itu,mintalah dengan ALLAH untuk kedua-duanya'-HR BUKHARI
Jadi,bagaimana pula dengan kita?Masih tidak malu mengaibkan amanah-Nya?Atau kita masih tebal dengan sifat tidak kisah melakukan rasuah dan pecah amanah ?juga mungkinkah kita tergolong dalam kalangan orang yang tidak tahu malu melakukan maksiat sedangkan Allah S.W.T sentiasa melihat ?
Ayuh semuaa...... hisablah diri kita.Dalam golongan manakah kedudukan kita ? Adakah masih malu melakukan ketaatan dan tidak malu melakukan kejahatan ? Atau kita telah memiliki rasa malu terhadap Allah S.W.T dan RasulNya sehingga sentiasa teguh mengikuti perintah serta ajaran dalam islam ? Mohonlah kekuatan diri memiliki keberanian demi tidak malu mengakui kebenaran .
Hanya sekadar berkongsi ilmu maaf jika ada salah silap dari sy yang buruk datangnya daripada diri sy dan yang baik datangnya daripada Allah :) #MuhamadSyafrizal
No comments:
Post a Comment