Assalamualaikum,
"kita mampu berdiri lama
di hadapan orang ramai tapi
belum tentu ketika menghadap ILAHI"
Ayat yang biasa didengar kan ?
"Macam ni bro , ujian yang dihadapi tu dipanggil ibtila iaitu ujian untuk orang baik yang berbuat baik .Bagi orang baik yang buat jahat pula,dipanggil kafarah haa..
Semuanya tanda sayang Allah pada kau.Bersabarlah dan percayalah."
Nasihat itu dihantar menerusi 1 (SMS) daripada seorang sahabat.Ketika itu,saya betul-betul letih,lemas dan lemah.Ujian datang bertalu-talu.Belum mampu menghadapi ujian pertama,datang pula ujian lain .
Pernah saya bertanya kepadanya,kenapa perlu saya hadapi semua ujian ini? Mengapa hidup saya tidak seperti orang lain?Lancar dan bahagia. Makin saya sakit,makin kuat pula ujian menimpa.Hingga pada suatu hari,Ketika dunia dirasakan semakin gelap,hati saya kemudian terusik.Jelas sekali hati saya begitu kosong.Dapat dirasakan,saya seolah-olah kehilangan sesuatu.Rindu yang mendalam mula mencengkam.Namun,saya bertanya kepada diri sendiri,apa sebenarnya yang saya hilang ? Siapa sebenarnya yang saya rindukan?
Ya.Sudah terlalu lama rasanya saya tidak menangis kerinduan. Malam itu juga,seolah-olah seluruh isi dunia bagaikan terbuang jauh.Dunia sudah tidak saya ingini.Saya menyelami perasaan hati .Semakin dalam,semakin kosong rasanya. "Rahmat di sebalik ujian terlalu banyak.Barangkali Allah juga terlalu rindu untuk mendengar rintihan hati kamu.Diberikan ujian kepada kamu,sebab Allah mahu mendengar rintihan hamba-Nya." Pesanan seorang guru kepada saya pada beberapa tahun yang lepas ..
Benar.Kadangkala hati mengakui akan 'Kebodohan' diri sendiri. Bagaimana saya tergamak menyoal dan terus menyoal soalan bodoh? Pernah saya bertanya, mengapa saya terus diuji sedangkan saya telah bersolat dan melakukan kebaikan demi kebaikan ? Tetapi,ujian terus bertandang.Ternyata iman saya terlalu lemah. Atau barangkali sudah lupus.
"Jangan pernah berbangga dengan kebaikan yang kita lakukan.Kemudian melihat kejahatan orang lain dengan penuh rasa sombong dan benci. Seolah-olah kitalah insan yang paling baik dan orang lain lah yang paling jahat"
"Jangan begitu.Barangkali di sebalik kejahatan orang lain,ada kebaikan yang dilakukannya.Paling penting,pernah kamu terfikir apakah kebaikan yang kamu lakukan itu diterima Allah?"
Itu pesan seorang guru kepada pelajarnya.Benar,saya betul-betul tersentak dengan kenyataan itu.Ketika orang lain berlumba-lumba melakukan kebaikan,kita juga cuba melakukan kebaikan.Tetapi,adakah kita benar-2 yakin ia dilakukan dengan ikhlas?Tanya diri dan fikirkan sejenak :')
Hati,perasaan dan fikiran kemudian melintasi setiap dosa yang pernah dilakukan.Saya mula bertanya sendirian bagaimana saya mampu melupakan segala dosa silam hmm.Kadangkala cuba mencari jawapan,apakah Allah S.W.T telah mengampunkan dosa saya ? Renungan kembali menerjah sempadan batas.Bagaimana nasib saya di hadapan Allah S.W.T kelak?Dirasakan tiada amalan yang mampu dibawa ketika bertemuNya.Hanya dosa yang menimbun...
Malu.Saya benar-benar malu.Malu kepada Allah S.W.T. Bayangkan ketika dosa setinggi langit dan seluas bumi yang dilakukan, apakah saya masih mahu meminta kepadaNya itu dan ini? saya malu mengenangkan segala-galanya.
Jika kita rasa kita telah dekat denganNya cuba dekat lagi.Jika kita rasa kita telah ikhlas kepadaNya,ikhlaskanlah lagi. Ingat, andai kita menolong agama Allah S.W.T, pasti DIA akan menolong kita kembali.Cuma,cara dan bila,itu semua urusanNya..Kadangkala kita suka melihat kebaikan yang kita lakukan . Sehingga dengan penuh sombong kita cuba meyakinkan diri sendiri bahawa kitalah hamba yang paling dekat dengan Allah S.W.T.Padahal, kita tidak pernah bertanya pada diri kita apakah segala yang kita lakukan diterima olehNya ?
Kita berbangga mampu bersolat. Kita angkuh kononnya kita manusia beriman.Namun,apabila Allah S.W.T turunkan sedikit ujian ,kita mula meremeh-remehkan solat.Melambat-lambatkan untuk menunaikannya.Lagi dasyat ada yang tinggalkan terus -.- .....
Memang hari ini kita merasakan kitalah orang yang paling kuat beribadat.Kitalah orang yang gagah antara orang lain. Kita kuat sampai boleh berjalan berKM sehari. Kita kuat hingga berupaya berdiri berjam-jam lamanya dihadapan orang ramai.Tapi,bila ujian mendatang hanya dengan sekelumit cuma,kita mudah melatah . Melihat seolah-olah Allah S.W.T. tidak berpihak kepada kita sedangkan kitalah orang yang rajin beribadat.
Kenangan lalu mula mencengkam jiwa , hati saya terus berbicara . Ketika melihat diri berupaya mengangkat barang berkilo-kilo beratnya,hati terasa malu kerana terlalu lemah mengangkat kelopak mata bagi menunaikan solat subuh tepat waktunya.
Ya. Gagah kerana boleh melangkah jauh.Namun,untuk melangkah ke masjid menunaikan solat berjemaah belum tentu dapat dilakukan hahh ? Kita juga kuat berdiri berjam-jam di hadapan orang ramai,tetapi belum tentu pasti dapat berdiri begitu lama dihadapan Allah S.W.T .
Selain itu,kita turut kuat kerana mampu menghadiri majlis keramaian.Tetapi ,belum tentu diri kita kuat untuk melangkah ke majlis ilmu. Begitulah dengan diri saya . Hakikatnya, saya merasakan diri terlalu lemah untuk semua persoalan itu.
Benarlah kata seorang ustaz, Janganlah kita sentiasa berbangga dengan kebaikan yang dilakukan. Hanya kerana Allah Yang Maha Mengetahui setiap yang terbaik untuk kita :')
#MuhamadSyafrizal
No comments:
Post a Comment