Wednesday, November 6, 2013

Awas ! Mulut jangan celoparrr .....

                                                       Di akhirat,
              Pasti mulut dipertanggungjawabkan
                keatas peranannya semasa hayat.





   Apakah kita pernah menyakiti hati orang lain dengan lisan? Pernah dipinggir rakan gara-gara mulut kita yang gemar menyindir perihal orang ? Atau mungkinkah ibu bapa pernah menangis kerana kita terlanjur melepaskan kata-2 yang tidak berlapik?
   Sedarlah,sedangkan telah banyak peringatan diberikan kepada kita agar jangan bermulut celopar.Tidak kurang juga kita pernah dinasihatkan supaya bijak mengawal lisan daripada mengeluarkan perkataan menyakitkan hati.Namun,kita masih lagi gagal.Mulut tetap dirasakan hebat dengan melepaskan kata-2 kurang enak.Makin ramai pula yang terasa hati dengan kita . Lama-2 kita pun ditinggalkan tidak berteman.Sebenarnya,mulut celopar termasuk dalam penyakit lisan. Bahaya lisan yang tidak dijaga sentiasa mendorong kita jauh daripada rahmat Allah S.W.T. Berbohong,mengumpat,merendah-rendahkan orang lain,menghina dan pelbagai lagi sifat negatif yang menggunakan pertuturan lidah turut termasuk didalam penyakit 'Kronik' ini.
  Apabila kita termasuk di dalam senarai pesakit lisan,mulut dirasakan berat untuk menuturkan lisan,mulut dirasakan berat untuk menuturkan zikir kepada ILAHI.MemujiNya dan melantunkan istighfar jauh sekali. Begitu juga untuk mengalunkan ayat-2 al-Quran yang indah , teramat sukar jadinya.Mengapa begitu?Sedangkan dari kecil kita telah dilatih dengan pelbagai adab ketika bercakap.Tidak kira sama ada ibu bapa atau guru memberikan panduan agar kita bijaksana ketika melontarkan perkataan.
  Namun,segalanya umpama tidak ke mana.Kita hanya bermanis mulut ketika bercakap dengan orang yang punya kepentingan sahaja.Dengan pihak lain,lidah mudah menuturkan kata-2 yang menyakitkan pula.Tidak kira dimana dan keadaan yang bagaimana.Jangan-2 kita sudah terkenal dengan keceloparan mulut.

      Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

     "Dan(ingatlah wahai Muhammad), Ketika KAMI
  mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil
  (dengan berfirman):"Janganlah kamu menyembah
  selain Allah,berbuat baiklah kepada kedua ibu
  bapa,kaum kerabat,anak-anak yatim,serta orang 
  miskin.Katakanlah kepada sesama manusia perkataan-
  perkataan yang baik,dirikanlah solat dan berilah 
  zakat." Kemudian, kamu berpaling membelakangkan
  (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian 
  kecil daripada kamu.Sememangnya kamu adalah orang 
  yang tidak menghiraukan perjanjian setianya."-surah
  al-Baqarah:83

  Ucapan yang baik sentiasa mendapat rahmat Allah S.W.T . Malah,jika ucapan itu diikuti dengan pujian kepadaNya,mampu menghadirkan kasih sayang AllahS.W.T kepada kita dan orang yang mendengar.Betapa mulianya kita di sisi DIA Yang Maha Esa.Anugerah mulut digunakan untuk memujiNya dan kearah kebaikan sahaja.Tambahan pula,sesiapa yangs ering menuturkan kata-2 bermanfaat akan mendapat balasan serupa.Orang sekeliling akan damai apabila bertutur dengannya.Kadangkala balasan yang diterima lebih baik berbanding ucapannya.
  Bahan percakapan yang tidak dilandaskan dengan iman boleh menyakitkan sesiapa yang mendengar.Memang sedap ketika dituturkan.Namun,musibah pula yang datang selepas itu.Di dunia, mulut yang celopar akan membuatkan kita hilang kawan. Hubungan persaudaraan juga menjadi semakin keruh. Di akhirat, pasti mulut dipertanggungjawabkan keatas peranannya semasa hayat.Ramai tertipu dengan falsafah yang dicipta manusia. Istilah seperti 'mulut sahaja yang jahat tetapi hati dan perangai baik' tidak munasabah.Hakikatnya,apa yang terucap di mulut,itulah gambaran di hati.
  Usah terpedaya angkara mulut.Bisa sahaja segala amalan seperti solat,puasa,zakat dan haji tidak bermakna gara-2 memiliki mulut yang celopar.Apakah nilai terhadap solat kita,jika mulut tidak dijaga?Bukankah hakikat solat adalah mencegah perbuatan keji dan mungkar?
  Rasulullah s.a.w menjadi panduan kita untuk mengikis bahaya penyakit lisan.Diam adalah salah satu caranya .Baginda menganjurkan kepada kita agar berkata hanya dalam perkara kebaikan atau diam supaya tidak terjerumus daripada ucapan sia-sia.Mulut celopar sering membawa duka dan sengsara.Bukan hanya kepada mangsanya,malah lebih teruk kepada orang yang mengucapkannya juga.Hilang rakan dan taulan adalah musibah dek bisa yang dilakukan mulut.
  Jagalah nikmat percakapan agar tidak mengundang murka Allah S.W.T dan insan lain.Mulut dan pertuturan yang baik mampu membahagiakan sehingga ke sana.Jika sebaliknya,ia membawa kita ke lembah binasa .Oleh itu mari sama-sama kita renungkan dan perbetulkan apa yang sepatutnya kita patut perbetulkan agar kita menjadi seorang mukmin yang tergolong didalam orang-orang yang beriman dan beramal soleh .

#MuhamadSyafrizal :D

No comments:

Post a Comment