Sanggup tolak orang lain Tapi dia? Habiskan masa dia Menunggu orang lain Dan kau hanya -- Sekadar pelengkap cerita dia.
2. Jika kau memahami
Hati seorang perindu
Baru kau tahu derita hatiku
Jika suatu hari nanti giliran kau merindu
Baru kau ingat derita diriku.
3.Jika dia bukan yg terbaik
Hapuskanlah namanya dari fikiran ini
Dan --
Andai dia harus hilang
Biarkanlah dia hilang tanpa kenangan.
4.Pengorbanan
Yang paling menyakitkan --
Apabila kau terpaksa
Melepaskan dia pergi
Untuk dia cari kebahagiaan
Dia, sendiri
Sakit, sayang.
5.Dan betapa
Bodohnya aku
Kerana mengharap
Pada orang yg dah tak sudi
Bukalah mata sayang
Belajar lihat dunia ini
Banyak celaka dari bahagia
6.Sebenarnya
Terima kasih
Dah cukup untuk rasa dihargai
Tapi aku masih pelik
Susah sangat ke untuk menghargai
Walaupun hanya berterima kasih?
7.Aku keliru sama ada --
Aku mahukan kau lagi
Untuk terus berada di sisi aku
Atau pun tidak
Sedangkan
Kau seolah bahagia
Tanpa kehadiran aku
8.Kau perlu berhenti
Walaupun sekejap, jadilah
Kalau orang tu betul sayang
Dia akan nampak tu semua
Dia akan nampak
Siapa kau di mata dia.
9.Buat apa dinanti
Pada yang dah tak sudi
Lebih baik pergi
Membawa diri. Memujuk hati
Tak perlu ditangisi
Bahagia pasti mengiringi, nanti.
10.Penat. Sakit hati. Cemburu.
Semua bersatu
Dalam satu perasaan -- Pedih.
Dan akhirnya,
Aku memilih untuk undur diri.
11.Sayang,
Aku rindu. Sungguh.
Dakap aku erat-erat, ya
Jangan pernah lepaskan
Genggaman tangan aku, lagi.
Aku mohon, sayang.
12.Kau kata kau sayang
Tapi kau biarkan
Dia terkapai-kapai rindu kau
Kalau tak sudi
Lebih baik terus terang
Dari dia terus bergantung harap.
13.Bila kesetiaan aku
Kau balas dengan
Sikap endah tak endah kau
Jangan nak kecil hati
Bila ada orang lain yang kisah
Tentang aku. Hati aku.
14.Siapa yang minta
Untuk ditinggalkan?
Cuba kau bilang ke aku --
Bila kau dah sayang
Orang tu setengah mati
Sanggup kau bila kena tinggal?
15.Moga rindu yang datang bertamu ini
Akan kekal untuk kau seorang
Sedangkan hakikat
Kau merindui orang lain
Dunia tak pernah adil, kan?
16.Kau dah boleh pesan ke diri sendiri ;
Baik kau pergi terus
Hati dia bukan untuk kau
Kau boleh nampak
Dari cara dia semua
Kau je yang buta.hmmm
17."Ingat, nak ambil hati orang bukan mudah."
Sebab bukan mudah lah
Aku cuba jaga hati yang satu itu
Walau hati aku tiada siapa peduli
Tiada.
18.Ingat ;
Aku bangkit dari celaka yang kau beri
Celaka yang kau tinggalkan. Pedih
Dan kerana celaka itu --
Aku masih di sini, bersama kau.
19.Bagi aku --
Bukan semua pengorbanan
Itu membahagiakan. Bukan.
Sakit dia
Kau pendam macam mana pun
Akan jatuh juga setitis dua air mata itu
20.Ada masanya kita terpaksa berundur --
Walau betapa sayangnya kita terhadapnya
Seandainya itu yg terbaik
Lakukannya demi si dia
Mengalah.
No comments:
Post a Comment