Tuesday, February 3, 2015

Usaha selama 2 minggu mencari pekerjaan ...

   Alhamdulillah, lepas habis stpm dan habis bercuti ke melaka dan berhenti kerja hotel, bermulalah misi mencari pekerjaan full time, selama 2 minggu mencari penuh kata-kata dan makian serta hinaan yang dilemparkan akhirnya aku serta 2 orang rakan aku berjaya memperolehi pekerjaan di sebuah kilang di senai, mula masuk 9hb sampailah harini 3.2.2015 dan aku telah berazam untuk bekerja dengan bersungguh-sungguh, tak kesahlah kalau tak naik leader pun asalkan aku menjadi pekerja yang bertanggungjawab, dan bekerja dengan ikhlas dan demi keluarga juga, aku nekad membuat keputusan untuk tidak menyambung pelajaran mungkin sebab keputusan stpm tak memuaskan, tapi itu semua tidak melunturkan semangat aku untuk terus melakar kejayaan aku sendiri, dulu aku selalu dimaki,dihamun,dihina,dicaci orang, tapi sekarang aku buktikan masa bekerja ni aku bukanlah seorang pekerja yang apa yang mereka katakan, aku kerja untuk mencari duit dan dengan duit tu aku mahu menolong keluarga aku, mencapai apa yang aku kehendaki .. takpa kawan yang nak teruskan belajar teruskanlah, form 6 telah banyak mengajar aku tentang kehidupan tentang melakar matlamat dan impian serta cita-cita, aku tak rasa menyesal sebenarnya masuk tingkatan 6 walaupun dulu aku seorang pelajar yang pemalas dan sebagainya, insha'Allah akan datang aku akan buka business keluarga aku sendiri insha'Allah Aminn, sekarang fokus 100% pada kerja dan bekerja dengan bersungguh sungguh insha'Allah apa yang diinginkan akan tercapai Aminn...

No comments:

Post a Comment